profile entry follow FACEBOOK TWITTER

Hanya menulis apa yang dilalui dalam kehidupan.

f o o t s t e p
PLEASE KEEP SILENCE AFTER YOU READ MY STORY. IF YOU DON'T LIKE IT, DON'T READ.


n u f f n a n g

"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana [usaha dakwah] mu, maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah." [Hadith Riwayat Muslim]

C R E D I T S
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Sajak Untuk Mu Sahabat -Diana Amir
31 May 2013 | 0 comments
sahabat,
aku sayangkan kau. 
dan kerana itu aku bicara,
rasa resah dalam jiwa ini, anak mataku dalam sepi memerhati.
ingin aku luahkan, ingin aku laungkan.
sekuat hati.
wahai sahabat-sahabatku yang mencari, mari genggam tanganku ini
ya, aku tahu. 
kebahagiaan fatamorgana yang tak pasti yang kau dambakan
ya, aku mengerti.
puji insan yang tak kau cintai, yang tak kau kenali
jadi garis pandu hidupmu
tidakkah tergetar, tidakkah tercelar
qalbumu yang penuh parut cereka
akan kaseh Tuhanmu
kaseh Tuhanmu yang rindukan taubatmu
rindu pada basah bibirmu
mengEsakan yang Esa
membesarkan yang Besar
sudah lama kau memaling muka
marilah kembali
sudah terjauh, tersasar santun lidahmu
marilah, marilah kembali
tiada dayaku melainkan kata
walau kadang kau punca mataku berkaca
tapi cinta pada sahabat
melangkaui segala
dalam resah, aku memerhati
pada satu nafas yang dihembus sia-sia
aku ingin bersamamu
aku ingin bersamamu di Firdausi
tasnim di lidah dan kesyukuran yang tak berhenti
sahabat,
lepaskan.
lepaskan syaitan dihatimu
biarkan fana jahiliah yang menggoda
menangisi, merindukanmu
kerana kau sahabat
dicipta untuk lebih daripada itu.

FUTURE
PAST