profile entry follow FACEBOOK TWITTER

Hanya menulis apa yang dilalui dalam kehidupan.

f o o t s t e p
PLEASE KEEP SILENCE AFTER YOU READ MY STORY. IF YOU DON'T LIKE IT, DON'T READ.


n u f f n a n g

"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana [usaha dakwah] mu, maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah." [Hadith Riwayat Muslim]

C R E D I T S
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Take It or Leave It
23 May 2016 | 0 comments
Sedang aku leka berbalas whatsapp kepada customer aku tetiba ada satu whatsapp masuk.
Ting! Aku lihat screen iphone ku.

“Tasha, at first kan bila kau sedar kau kena jaga aurat kau dengan betul? Susah tak?” Unexpected whatsapp dari saudara rapatku. Aku tak jangka dia akan tanya macam tu.

Aku diam sekejap. Aku mula terfikir . Bagaimana perkara ini bermula ?

“Aku tidak pasti bila ia bermula. Aku lakukan ni secara berperingkat. Masa sekolah teknik dulu, aku dah start pakai baju longgar sebab pernah satu hari tu aku ditegur oleh seorang budak lelaki kelas lain dia kata apasal kau pakai baju kecik sangat? Dah lah cakap depan kawan-kawan perempuan aku , aku jadi malu. Start situ aku mula cari baju yang longgar.”

Aku balas pada saudaraku. Aku sambung lagi…

“Sepanjang dari sekolah teknik sampai masuk poli ni, aku sentiasa didedahkan dengan orang disekeliling aku yang berpakaian menutup aurat. Aku melihat cara diorang pakai. Aku mula cuba. Aku start labuhkan tudung aku. Aku cari tudung bidang 50 untuk permulaan. Then aku start pakai handsocks dan stokin. Makin lama makin selesa. Bila tiba2 pakai tudung sikit mesti aku akan try labuhkan. Aku niat aku nak istiqamah semua. Solat. Aurat. Ikhtilat.”


Allah telah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud
“ Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah mendedahkan diriseperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)”

Ayat diatas menjelaskan kepada kita bahawa hokum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,zakat dan perintah-perintahNya yang lain. Dengan menutup aurat , wanita Islam amat mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.


“Aku harap aku dapat jadi seperti kau dan wanita-wanita Islam yang lain. Bantu aku dulu ya.”
In Sha Allah saudaraku. Aku akan bantu kau. Aku akan bantu wanita-wanita di dunia ini.

Bersama kita menjaga aurat.


Coretan 23 Mei 2016

adnthsy

Labels: , ,


FUTURE
PAST