profile entry follow FACEBOOK TWITTER

Hanya menulis apa yang dilalui dalam kehidupan.

f o o t s t e p
PLEASE KEEP SILENCE AFTER YOU READ MY STORY. IF YOU DON'T LIKE IT, DON'T READ.


n u f f n a n g

"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana [usaha dakwah] mu, maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah." [Hadith Riwayat Muslim]

C R E D I T S
Template was made by
Miichiko. Thanks to Pixel-diary for the cute pixels and icons.


Awal Waktu
24 February 2016 | 0 comments
Ketika ini disekeliling saya penuh dengan timbunan fail fail projek yang dah siap. Tapi tak tahu kenapa still ada kat atas meja ni. Mungkin malas nak hantar ke bilik penyimpanan fail. Dah ler berat. Tak larat saya nak angkat. Cehh.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahu tak solat di awal waktu tu sangat nikmat ?

Nak tahu kenapa ?

Saya bagi contoh okay ,..

Awak tengah busy nak selesaikan slide show yang disuruh oleh bos awak dan perlu disubmit dalam masa yang terdekat. Awak terpaksa buat kerja lebih masa untuk siapkan slide tersebut mengikut masa. Awak pening. Awak stress sebabnya banyak perkara yang perlu difikirkan. Perlu photostat. Perlu scan kertas kerja yang banyak. Dan sampai satu tahap awak dah tak tahan. Awak rasa nak menangis buat kerja tu. Awak berehat. 

Masaawak rehat tu tetiba azan berkumandang, then awak rasa awak patut solat awal waktu sebabnya awak nak rehatkan diri awak. Minda awak.

Disinilah datangnya nikmat lega dan kurangnya stress. Kerja yang awak lakukan tu makin teratur.

"(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang (4) (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya (5) " 
 Surah Al- Mauun, Ayat 4-5

Berkenaan ayat di atas, Imam Shadiq AS apabila ditanya, beliau menjawab ayat ini dimaksudkan orang yang melalaikan solatnya, dan ia tidak mendirikannya di awal waktu tanpa ada halangan (uzur).

Solat di awal waktu memberi kesan yang besar sekiranya kita sudah biasakan diri dalam kehidupan kita. Hal ini kerana kehidupan seharian akan menjadi lebih terurus serta fikiran kita akan menjadi tenang.

Akhir sekali, ada satu petikan yang menarik perhatian saya.

"Ramai berpusu-pusu mahu melakukan perkara sunnah seperti kahwin awl, berpurdah, berserban dan bersedekah.

Tapi sayang..
Solat di awal waktu pula tidak berpusu-pusu untuk melakukannya."

Last but not least, solatlah di awal waktu. Kerana apa ? Kerana solat adalah perkara pertama yang disoal oleh Allah. Kalau dulu kita tidak solat, maka bertaubatlah. Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Tidak terlewat untuk kita bertauaat dan menjaga solat. Allah sentiasa mengampunkankita. Allah sentiasa menanti doa kita. Kita jaga solat, Allah akan jaga kita. Allah akan beri nikmat dan rezeki yang setimpal dengan amalan kita. Maka berubahlah.

adnthsy
19 Feb 2016

Labels: ,


FUTURE
PAST